PANDUAN INSTALLASI ANTIVIRUS KASPERSKY 2011

kaspersky-logo-1

Antivirus Kaspersky 2011 boleh didapati melalui 2 cara iaitu dengan menggunakan talian SchoolNet atau talian TM. Pihak sekolah dinasihatkan agar memuat turun mengikut kesesuaian talian dan juga jenis Windows yang digunakan di sekolah.

Kav2011.zip

Sila muat turun Panduan Di sini…

STS (Support Ticketing System)

STS Memohon kerjasama  Tuan/Puan untuk    menyenggara status log dalam STS yang telah  selesai kepada status “CLOSED”.

Segala permasalahan ICT di sekolah boleh  dilaporkan ke STS atau melalui talian KPKPM 1800-88-4774. Ini kerana masih terdapat sebilangan sekolah yang tidak melaporkan permasalahan secara “ONLINE” mahu pun melalui talian KPKPM.

STS merupakan satu sistem pengurusan log masalah ICT di sekolah. Segala permasalahan ICT perlu direkodkan dalam sistem ini kerana makumat yang diperoleh akan dijadikan asas penyenggaraan ICT yang diperlukan oleh pihak sekolah.

KERJASAMA TUAN/PUAN DIDAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.

Astro Tutor TV Kini kembali

Astro Tutor TV kembali atas permintaan ramai mulai 11 Januari 2011, saluran ini disiarkan sepanjang tahun di nombor baru, saluran 601. ASTRO TUTOR TV adalah percuma kepada pelanggan sekolah (Kampus Astro) dan pakej Astro Family. Tontonilah program kegemaran UPSR anda untuk mempelajari subjek-subjek penting UPSR seperti Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Matematik dan Sains.

Pengisian Data SPPICTS Kutipan Pertama 2011

sppicts

Untuk makluman pihak tuan/puan, instrumen Sistem Pemantauan Penggunaan ICT (SPPICTS) telah ditambah baik dengan dimensi dan medan yang lebih menyeluruh. Aplikasi SPPICTS boleh diakses secara online melalui URL:http://ssqs.moe.edu.myhttp://rnd.moe.edu.my/ssqs atau http://pnp.moe.edu.my . Pihak tuan/puan boleh melayari URL ini untuk makluman terkini atau muat turun dokumen-dokumen seperti Manual Pengguna SPPICTS bagi PKG dan Sekolah. Kutipan data penggunaan inisiatif ICT sekolah secara online akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali seperti berikut:

a. Kutipan Pertama: 27 Mac hingga 16 April 2011
b. Kutipan Kedua : 11 September hingga 01 Oktober 2011